mengenai institusi ibu susuan, sehingga ke hari ini ia kedengaran masih terlalu asing apatah lagi menjadi satu amalan sebagai satu kaedah berkesan bagi memastikan bayi-bayi dapat tumbuh dan membesar dengan lebih sihat dan kuat.
Tidak kurang yang sinikal dengan berkata institusi ibu susuan, merupakan satu budaya Arab Jahiliah sekalipun Nabi Muhammad SAW antara yang mendapat khidmat tersebut dalam tempoh dua tahun, iaitu tempoh susuan yang paling baik buat seorang bayi.
Oleh kerana ia menjadi satu amalan dalam budaya Arab Jahiliah maka dikatakan adalah tidak sesuai untuk kita contohi. Adakah benar begitu?
Kita telah mendengar dan mengetahui sebelum ini, mengenai kisah Nabi Muhammad yang semasa umur bayinya disusui oleh ibu susuan, malah telah dipisahkan daripada ibunya, Siti Aminah. Baginda menjalani kehidupan dalam suasana yang kedesaan, jauh dari kesibukan Kota Mekah.
Susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terbaik untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Selain telah menjadi hak setiap bayi untuk menyusu dengan susu badan, iaitu bukan dengan susu lain termasuk diperah segar dari sumber haiwan ternakan terutamanya lembu atau susu formula, khasiat susu itu tidak perlu diceritakan lagi.
Malah jika tidak cukup oleh ibu sendiri akan dicari ibu susuan bagi memastikan bayi-bayi mereka menikmati khasiat hanya dari susu ibu itu.
Namun, susu sahaja tidak memadai, bagaimana dengan persekitaran luar dan dalam rumah yang sihat untuk anak-anak itu membesar dengan baik tanpa dipengaruhi oleh sebarang elemen-elemen yang cemar, kotor yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal dan mental bayi walaupun baru dilahirkan?
Perkara ini dipandang dengan begitu serius oleh masyarakat Arab walaupun mereka dilabelkan sebagai jahil.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3jtLntSrg
© Utusan Melayu (M) Bhd