Rasulullah Muhammad SAW adalah seorang yang istimewa, luar biasa, dan agung. Seorang yang menjadi sebab Dunia dan Akhirat diciptakan Tuhan. Jadi, apa saja yang berhubungan dengan Rasulullah SAW walaupun satu titik, lebih-lebih satu huruf, lebih-lebih satu perkataan, ada maknanya, ada arti, ada benda tersirat, ada benda yang patut kita cungkil supaya nampak.
Tapi hendak berjumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Pada satu hari, waktu dia sudah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu sudah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun, setelah menjadi Rasul. Selepas itu Halimah mati. Itulah sekali perjumpaan dengan Rasulullah SAW.
Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia mengasuh Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah.
Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita cungkil dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sa’diah itu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab itu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-moga bayi itu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan seperti itu.